Copyright © 2013 biocera-malaysia.com All Rights Reserved.
Malaysia, Indonesia, Singapore and Brunei
DAPATKAN SEKARANG DENGAN PROMOSI TERKINI!!!!!       JANGAN LEPASKAN PELUANG ANDA.
APA ITU AIR ALKALI ?

Air alkali adalah air yang telah mengalami proses penambahan ion hidroksida iaitu (OH-) dan ion calcium ataupun oksigen dan ion mineral alkali seperti (sodium, potassium, magnesium dan calcium). Proses penghasilan air alkali ini akan meningkatkan kandungan mineral dalam air dan pH air akan meningkat tinggi sehingga 9.0-10.6 pH. Air alkali yang keluar dari penapis perlu diminum secepat mungkin atau dua hari selepas di tapis untuk mendapat kesan yang optimum


KENAPA PERLU AIR ALKALI ?

Air alkali adalah berbeza dengan air yang biasa kita minum dimana air alkali mengandungi kandungan ion negative yang tinggi serta memiliki tahap didih, kepekatan dan ikatan molekul yang berbeza dengan air paip. Keadaan ini menyebabkan air alkali mampu menyerap masuk ke dalam sel 3 kali ganda lebih cepat berbanding air paip. Struktur molekul yang lebih kecil mampu meningkatkan proses pembuangan toksik yang lebih efektif.

Ion alkali iaitu (OH-) dan ion calcium adalah sumber anti-oksida yang sangat kuat dan apabila ia dalam bentuk cecair bahan ini mampu masuk terus ke dalam sel dan meneutralkan radikal bebas tanpa perlu mengalami proses metabolisma, tidak seperti pil vitamin C, vitamin E dan sebagainya.

Air alkali juga meneutralkan asid dalam badan dan menyeimbangkan pH badan iaitu (6.9 – 7.2). Badan kita memerlukan nisbah keadaan asid : alkali yang seimbang iaitu pada nisbah 4 : 1 ( 4 bahagian alkali dan 1 bahagian asid ) atau 80% alkali dan 20% asid. Makanan yang kita makan boleh terdiri dari asid atau alkali, dan makanan ini apabila di akhir proses penghazaman akan meninggalkan hampas ataupun yang dinamakan (end product). Hampas ini boleh terdiri dari alkali atau asid bergantung pada kandungan mineral yang terdapat dalam makanan.
Apabila badan kita melalui proses metabolisma, makanan tadi akan dibakar untuk mendapatkan tenaga dan sebahagiannya akan disimpan menjadi asid lemak dan asid lemak tadi disimpan di beberapa tempat biasanya dibahagian bawah kulit, peha, tisu dan organ. Apabila pengumpulan asid lemak ini berlebihan maka keadaan ini akan menggangu pH darah kita dan keadaan ini dinamakan acidosis.

Asidosis kemudiannya menggangu perjalanan sistem kelejar dan fungsi organ. Keadaan ini sekiranya berlarutan akan mengundang kepada pelbagai jenis penyakit.

Asidosis akan menyebabkan pelbagai penyakit seperti arthritis, darah tinggi, sakit kulit, dan penuaan. Ini boleh diatasi dengan pengambilan makanan yang beralkali iaitu dengan nisbah alkali – asid 4:1 dan pengambilan air yang banyak.


KEPENTINGAN pH SEIMBANG

Organ dalaman manusia amat sensitif terhadap perubahan pH. Seperti contoh, plasma darah dan bendalir yang menyelubungi sel mempunyai pH 7.2 ke 7.45. Penurunan pH darah ke 6.9 akan menyebabkan koma atau berkemungkinan maut. Oleh itu, badan manusia telah dikurniakan dengan beberapa mekanisma untuk menyeimbangkan tahap pH dalam badan. Mekanisma tersebut dikenali sebagai “buffers”. Sistem buffers berupaya untuk mengikat ion-ion atau melepaskannya daripada bendalir apabila kepekatan bendalir itu meningkat atau mengurang, dengan ini badan kita akan berupaya untuk mengekalkan tahap pH yang optimum.



PENEMUAN HEBAT!


Kajian mengenai air alkali telah bermula dari tahun 1950 di jepun. Kajian menunjukkan minum air yang tinggi pH mampu meneutralkan asid yang terkumpul di dalam badan. Di Jepun iaitu di bawah kementerian kesihatan telah menjalankan usaha untuk menghasilkan air beralkali tinggi dan air alkali yang pertama dihasilkan adalah pada tahun 1966.

Suatu lagi penemuan iaitu, di Kaiser Institute Berlin pada tahun 1926 Dr. Otto Warberg menerima penganugerahan Nobel Prizes dalam kajian beliau dalam penemuan punca kanser. Dalam kajian beliau punca kanser adalah sel yang kehilangan elektron akibat diserang oleh radikal bebas iaitu oksigen yang tidak stabil dan kandungan asid yang terlalu banyak di dalam badan. Kajian beliau telah diteruskan oleh pakar saintis di seluruh dunia dan walaupun sehingga ke hari ini punca kanser masih belum diketehaui tetapi kajian yang sahih dan telah didokumenkan adalah tiada gejala penyakit yang timbul apabila kawasan sel kita dalam keadaan beralkali. Ini bukan suatu yang ajaib kerana orang yang sihat badan mereka adalah dalam keadaan beralkali.
Pemakanan yang tidak sihat seperti makanan bergoreng, banyak lemak, kandungan garam dan gula yang tinggi, minuman air bergas dan gaya hidup yang kurang bersenam serta tekanan hidup menyebabkan sel-sel, tisu-tisu, organ-organ, sendi-sendi dan seluruh tubuh badan akan berasid.

Masalah ini boleh diatasi dengan meminum banyak air beralkali. Air minuman yang bersifat alkali adalah yang paling sesuai untuk tubuh kerana dapat meneutralkan asid dalam tubuh badan. Untuk makluman Air Zam Zam adalah air beralkali dan mengandungi banyak mineral.

Sudah tentu ada hikmahnya mengapa Air Zam Zam bersifat alkali.

    Penyakit -penyakit Yang Disebabkan pH Badan Berasid

  • Kanser Sel - Sel-sel dalam keadaan pH berasid akan menyebabkan perubahan tidak normal pada DNA dan boleh menghasilkan sel kanser

  • Kencing Manis - Bahan toksik berasid berkumpul dipankreas, menyebabkan fungsinya menjadi lemah dan menghalang penghasilan insulin

  • Darah Tinggi - Toksik berasid di dalam badan melekat dan berkumpul di dinding kapilari darang sehingga saluran darah menjadi sempit dan tersumbat. Pengaliran darah melalui kapilari yang sempit ini menyebabkan tekanan darah meningkat

  • Darah Rendah - Toksik berasid menyerap ion kalsium di dalam jantung yang mengakibatkan aktiviti jantung menjadi lemah

  • Penyakit Buah Pinggang - Pengumpulan toksik berada di dalam buah pinggang akan melemahkan fungsi buah pinggang dan mengakibatkan penyakit buah pinggang

  • Sembelit- Usus besar berasid akan mengakibatkan peredaran darah tidak lancar, dinding usus besar kekurangan rembesan pelincir yang menyebabkan sembelit
BiOCERA
Jug Penapis Air Beralkali
NEW 2013
BiOCERA ALKALINE ANTIOXIDANT
SELAMAT DIGUNAKAN